Khamis, 16 April 2009

MAIPk Sasarkan RM400,000.00 Kutipan 2009

Majlis Agama Islam dan 'Adat melayu Perak daerah Selama mensasarkan kutipan sebanyak RM400,000.00 bagi tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun 2008. Usaha yang konsisten dan berterusan perlu dijalankan oleh Maipk Daerah agar sasaran ini dapat dicapai. Antara program-program yang akan dianjurkan adalah seperti taklimat zakat, pameran, kaunter bergerak, ceramah di masjid-masjid, sekolah, jabatan kerajaan dan sebagainya. Antara lain, pengedaran Pamplet dan Flyers juga sedang dijalankan dengan mensasarkan golongan peniaga Islam seluruh daerah Selama. Selain daripada itu, pemasangan Banner di 4 kawasan strategik juga telah dilaksanakan iaitu di kawasan Mukim Ijok (pekan Ijok), Kubu gajah ( Traffic Light ), Masjid Daerah Selama dan Pejabat Penghulu Mukim Ulu Selama. Banner tersebut mempromosikan tentang kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Kaedah pemotongan gaji ini merupakan satu pilihan yang terbaik terutamanya mereka yang bekerja dalam sektor awan mahupun swasta kerana tidak membebankan apabila cukup haul untuk membayar zakat kerana mereka boleh membayar secara ansuran selama 12 bulan dalam tempoh haul tersebut.

Post By : Pegawai Baitulmal Daerah

Tiada ulasan: