Ahad, 9 Ogos 2009

Majlis Penyerahan Bantuan Bulanan

Selama : 10 Ogos 2009 : Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak akan mengadakan satu majlis penyerahan bantuan tertunggak dan bantuan bulanan (tunai) kepada fakir miskin yang telah diluluskan permohonan mereka. Menurut Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Amirudin Osman (gambar kecil) berkata, bantuan kali ini melibatkan jumlah wang sebanyak RM53,600.00 yang akan diagihkan kepada penerima-penerima yang baru dan sedia ada. Program ini akan dilaksanakan pada 11 Ogos 2009 jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Pejabat Agama Daerah Selama. -MAIPkPress-

Khamis, 16 April 2009

Puan Jurida Saidin - Staff baru MAIPk Selama

Selamat Datang diucapkan kepada Puan Jurida Bt Saidin dan diharapkan dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya..

PT N17 MAIPk Selama bertukar ke MAIPk Taiping

Selama, 1 Mac 2009 : Pembantu Tadbir N17 MAIPk Selama telah diarahkan bertukar ke MAIPk Taiping berkuatkuasa 1 mac 2009 kerana mengikut prosuder pertukaran biasa antara kakitangan perkhidmatan awam. setelah hampair 10 tahun di Daerah Selama, beliau ditukarkan ke Daerah Taiping bagi mendapatkan suasana kerja yang berlainan. Staff tersebut adalah Puan Masitah Binti Zawawi iaitu kakak kesayangan Ibrahim anak paklong wie.

Pembantu Tadbir MAIPk Selama Keracunan Makanan

Selama : 16 April 2009 - Zaharudin Mohamad Dahlan - 24 tahun telah mengalami kekejangan otot yang luar biasa kerana keracunan makanan dipercayai tertelan tikus dan lipan sewaktu menjalankan siasatan Fakir Miskin.

MAIPk Sasarkan RM400,000.00 Kutipan 2009

Majlis Agama Islam dan 'Adat melayu Perak daerah Selama mensasarkan kutipan sebanyak RM400,000.00 bagi tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun 2008. Usaha yang konsisten dan berterusan perlu dijalankan oleh Maipk Daerah agar sasaran ini dapat dicapai. Antara program-program yang akan dianjurkan adalah seperti taklimat zakat, pameran, kaunter bergerak, ceramah di masjid-masjid, sekolah, jabatan kerajaan dan sebagainya. Antara lain, pengedaran Pamplet dan Flyers juga sedang dijalankan dengan mensasarkan golongan peniaga Islam seluruh daerah Selama. Selain daripada itu, pemasangan Banner di 4 kawasan strategik juga telah dilaksanakan iaitu di kawasan Mukim Ijok (pekan Ijok), Kubu gajah ( Traffic Light ), Masjid Daerah Selama dan Pejabat Penghulu Mukim Ulu Selama. Banner tersebut mempromosikan tentang kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Kaedah pemotongan gaji ini merupakan satu pilihan yang terbaik terutamanya mereka yang bekerja dalam sektor awan mahupun swasta kerana tidak membebankan apabila cukup haul untuk membayar zakat kerana mereka boleh membayar secara ansuran selama 12 bulan dalam tempoh haul tersebut.

Post By : Pegawai Baitulmal Daerah

Selasa, 4 Mac 2008

JOM LE BERZAKAT

Zakat - Harta Terpelihara Asnaf Terbela